Peraduan Cerita Paling Lawak

PERADUAN MENULIS CERITA LAWAK (Siri 1)
HADIAH: (RM100.00 X 1 Pemenang)
(Tarikh tamat peraduan: 11 September 2009)

bersempena Pembukaan Blog Kisah Orang Malaysia...

Syarat-Syarat Peraduan Cerita Paling Lawak di KisahOrangMalaysia.blogspot.com

Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak kisah melalui borang ‘Hantar Cerita Anda’.

Cerita yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya tidak akan disiarkan.

Cerita yang terlalu panjang (ala-ala Novel) tidak akan disiarkan.

Peserta dilarang men’ciplak’ cerita-cerita lain. Cerita anda perlulah asli. Hasil karya yang dikenalpasti sebagai ‘tiruan’ tidak akan disiarkan.

Tema cerita lawak adalah bebas, seperti contoh: zaman persekolahan, zaman universiti, kisah anak-anak, pengajaran, dan sebagainya.

Pengundian akan dibuat secara online (online voting). Tarikh pengundian akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pemenang ditentukan oleh undi yang paling tinggi pada tarikh/masa/jam yang ditentukan.

Pemenang akan dihubungi melalui email. (Pastikan alamat email yang diberi adalah betul)